Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Tugasan seterusnya secara maya adalah untuk memberikan ulasan berkenaan kelas yang telah dihadiri. Alhamdullilah berkat tunjuk ajar sifu Puan Zaila maka siaplah blog yang serba ringkas ni dalam masa 1/2 hari jer ok. Memang banyak perkara teknikal yang dipelajari terutama bab-bab masukkan link dan layout. Bagi saya yang memang jenis "Old School" ni memang Sifu sabar melayan kerenah orang yang banyak sangat bertanya.Kelas dalam kuantiti kecil ini dan secara "offline" memang lebih fokus dan terarah dan tercapai matlamat untuk membuat blog walaupun buat "😊First Timer"

Modul yang dijalankan secara langkah demi langkah sememangnya amat membantu berserta nota untuk rujukan. Selain blog, kami juga diajar membuat "Fanpage"...tetiba rasa ramai peminat...maklumlah fan a.k.a peminat. Fanpage dan blog yang diajar memang fokus untuk platform menjual namun teknik yang diajar boleh digunakan pakai untuk membuat pelbagai blog termasuk jurnal dan sebagainya.

Yang bestnya, apabila menyertai kelas ini, peserta automatik menjadi ahli Akademik Bekerja Dari Rumah (ABDR) dan dapat mempelajari ilmu dari otai-otai blogger yang lain. Kelas juga berterusan melalui whatsapp untuk memastikan peserta terus istiqamah. Namun bak kata Sifu, ilmu yang diberi hanya bermanfaat jika peserta mengambil tindakan dan bukan membiarkan blog dan fanpage jadi "suam-suam kuku". Mohon doa Sifu dan rakan-rakan yer.....

Diakhir kelas, sifu turut memberi tips bagaimana untuk menaikkan traffik dalam blog..bukan traffic jem yer. Akhir kata, saya amat-amat menyarankan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi dunia blogger untuk menghadiri kelas ini. Sifu juga turut membantu rekomen penginapan yang berdekatan untuk peserta outstation macam saya. In sha Allah pelaburan ilmu yang berbaloi👍. Jazakallah khukhairan kathira semoga perkenalan dan persahabatan ini berkekalan hingga ke syurga.




Comments

Topik popular