Ulasan Kelas Asas Penulisan Blog Online

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdullilah, bulan Mac 2017 telah berlalu semalam dan kini April 2017 disambut dengan cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai di Miri. Semalam merupakan hari terakhir untuk 44 entri dalam masa 20 hari sebagai langkah permulaan penulisan blog selepas selesai menjawab soalan-soalan wajib dalam entri perkenalan.

Hadir kelas secara offline dan online secara serentak merupakan rezeki yang tidak kusangka. Pada awalnya aku sangkakan kelas Puan Masayu adalah secara offline. Sewaktu aku PM beliau aku bertanyakan di mana lokasi kelas dan beliau berkata di mana-mana sebab kelas ini offline. Rupanya aku telah tersilap dengan kelas offline Puan Zaila a.k.a Mekla yang diadakan di Shah Alam. Setelah berbincang dengan suami maka beliau izinkan untuk daftar kedua-duanya. Kelas online bermula 11 Mac 2017 manakala kelas offline pula pada 12 Mac. Sebagai pemain baru dalam dunia blogger, kelas online ini padaku banyak memberi tekanan positif kerana tekanan bukan satu yang perlu dielakkan namun perlu diurus. Jadi apabila diminta membuat 44 entri dalam masa 20 hari, aku memang merasa ragu, mampukah aku sedangkan untuk mengemaskini status FB pun jarang sekali. Aku jadikan tugasan tersebut sebagai satu cabaran.

Melihat rakan-rakan satu batch yang komited menambahkan lagi semangat aku walaupun ada ketika yang aku terbabas untuk membuat entri selama 3 hari. Kelas online juga banyak menuntut displin diri kerana kita bebas menulis mengikut masa dan kelapangan masing-masing. Namun, berkat dorongan Puan Masayu 44 entri berjaya ditulis walaupun memerlukan beberapa penambahbaikan. Setiap peserta diwajibkan mempunyai beberapa gajet wajib untuk memastikan keseragaman dengan semua alumni ABDR. Kelas bersifat online maka sebarang pertanyaan juga dilakukan secara online dan kita seharusnya memahami bahawa Sifu kita juga mempunyai komitmen lain selain melayan pertanyaan kita yang mungkin tidak kena masa.

Kesimpulannya, kelas asas penulisan blog ini merupakan pelaburan ilmu yang berbaloi terutamanya buat pemain baru seperti aku yang tidak pernah menulis dalam mana-mana media sosial selain dalam kertas kerja semasa bekerja. Beberapa tips yang aku pelajari adalah:-

  • Teruskan menulis secara konsisten setiap hari dengan sekurang-kurangnya luangkan masa 5 hingga 10 minit setiap hari;
  • Pastikan setiap entri menggunakan ayat yang lengkap seperti esei UPSR;
  • Kurangkan penggunaan .......;
  • Kerap membuat blogwalking semasa alumni ABDR dan mencuba pelbagai teknik hingga berjumpa yang bersesuaian;
  • Raikan proses belajar ini sebagai satu langkah permulaan

Comments

Topik popular